Wednesday 28 September 2011

Sekilas pedoman

Suatu hari, ketika anda berjalan keseorangan lewat malam, di sebuah tempat awam, sama ada di taman, padang, pantai, atau juga melewati lorong-lorong kedai dengan niat untuk mengambil ketenangan. Mungkin juga anda pergi ke surau atau masjid yang berdekatan dengan niat yang sama. 

Kemudian, ketika anda memandang ke langit, anda kagum, melihat keindahan bintang-bintang yang bersinar terang sambil mengucapkan 'Allahuakbar'. Mungkin sebelum ini anda bukanlah seseorang yang biasa melafazkan nama pencipta anda, tapi entah kenapa waktu itu anda tergerak untuk melafazkannya..

Ketika anda berjalan pulang ke rumah, tiba-tiba anda terdengar satu bunyi yang aneh.. Anda tercari-cari datangnya bunyi tersebut, kemudian di satu sudut, anda terlihat satu objek. Dengan perasaan ingin tahu, anda mendekati objek tersebut, dan kemudian anda terlihat....


Seorang anak kecil yang sempurna fizikalnya sedang dibaluti kain putih.. Mukanya yang putih gebu serta montel dengan matanya yang masih lagi tidak mampu dibuka, sedang menangis teresak-esak kerana inginkan susu ibunya.. Anda menyentuh tangannya yang sudah mula kesejukan dan dahinya yang sudah mula panas. 
Nauzubillah...

Jenis manusia apakah yang sanggup membuang insan yang sungguh indah ini. Tidakkah ia dapat merasa perasaan anak itu ketika sedang melihat orang yang sepatutnya menjaganya, memberinya makan minum selepas bertanggungjawab melahirkannya, tetapi meletakkan dirinya disebalik sampah sarap dan tandas.

Sekiranya bayi itu mampu berkata-kata ketika ia hampir dibuang..
Ibu yang kusayangi, nanti dah besar abang akan buat ibu bangga. Abang nak jaga ibu dan takkan buang ibu kat rumah orang tua. Nanti dah besar ibu duduk je kat rumah, abang akan kerja dapatkan banyak duit, lepas tu abang nak belikan ibu rumah baru. Kalau ibu sakit, abang jaga ibu sampai sembuh. Kalau ibu hampir nazak, abang janji abang akan bisikkan selawat di telinga ibu. Kalau ibu dah meninggal, abang akan sentiasa ziarah kubur ibu dan sentiasa doakan ibu senang di akhirat. Abang taknak ibu masuk neraka. Abang sayang ibu!.. Terima kasih ibu sebab dah lahirkan abg... 


Sedikit pedoman dan pengajaran yang kita dapat kongsi bersama..

diambil dan digubah sedikit dari http://www.akalemosi.com/

No comments:

Post a Comment

KATA-KATA MUTIARA